Sunday 22 January 2012

Kedai Layout Change!

Salam

Dengan pertambahan barangan, saya telah mengubah layout kedai saya bagi memudahkan lagi para pelanggan untuk melihat barangan yang dijual. Alhamdulilah, kerja siap dalam satu hari sahaja, saya telah memasang tempat penyangkut di dinding bagi menjimatkan ruang.

Harap semua kawan-kawan puas hati bila dapat membeli di kedai saya. Banyak pakaian baru dengan harga yang murah-murah untuk kawan-kawan semua!

Hehe... papan iklan??..







Saturday 21 January 2012

Stok Baru - Pakaian Si Comel & Mami!

Salam

Penat rasanya badan, baru semalam sampai dari pergi membeli stok di luar Terengganu. Tetapi
puas hati dapat membeli dengan banyak pilihan sampai rambang mata.

Maaf, tak sempat nak upload semua lagi. Buat sementara waktu, ini adalah antara barang-barang yang saya beli. Boleh PM/SMS jika berminat. Kawan-kawan di sekitar Kuala Terengganu, jemputlah!

By they way, terima kasih kepada kawan-kawan yang telah berkunjung dan membeli di kedai saya sehingga ke hari ini.






Antara baju kemeja untuk mami, style baru. Kemeja.. cantik!